Saturday 23 January 2010

40 SEBAB MASUK SYURGA


1- IMAN DAN AMAL SOLEH
2- TAKWA KEPADA ALLAH
3- TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
4- BERJIHAD DI JALAN ALLAH
5- BERTAUBAT
6- ISTIQAMAH DI ATAS AJARAN ALLAH
7- MENUNTUT ILMU AGAMA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH
8- MEMBINA MASJID
9- MEMBAIKI AKHLAK
10- MENINGGALKAN PERDEBATAN YANG TIDAK MEMBAWA MUNAFAAT
11- MENINGGALKAN DUSTA WALAUPUN HANYA SEKADAR BERKELAKAR
12- BERSUCI SELEPAS BERHADATH DAN SOLAT DUA RAKAAT
13- PERGI KE MASJID UNTUK MENGERJAKAN SOLAT
14- MEMBANYAKKAN SUJUD KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
15- HAJI YANG MABRUR
16- MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU
17- MENGERJAKAN SOLAT 12 RAKAAT
18- MENYEBAR SALAM, MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN, SILATURRAHIM DAN SOLAT MALAM
19- JUJUR, AMANAH DAN BERSEDEKAH
20- SOLAT DAN TAAT KEPADA SUAMI
21- MENDIDIK, MENJAGA ANAK DAN SAUDARA MARA
22- BERSABAR DAN IKHLAS ATAS KEMATIAN ANAK
23- MENJAGA ANAK YATIM
24- MENDATANGI ORANG SAKIT DAN BERSILATURRAHIM DENGAN SAUDARA
25- SENTIASA BERAKHLAK DAN BERBUDI MULIA
26- BERTOLAK ANSUR DALAM URUSAN JUAL BELI
27- MENOLONG ORANG DALAM KESUSAHAN
28- KERANA BANYAKNYA BERAMAL SOLEH
29- BERSABAR ATAS HILANGNYA NIKMAT PENGLIHATAN
30- BERBUAT BAIK KEPADA SESAMA MAKHLUK
31- CINTAKAN SURAH AL – IKHLAS
32- MENJAGA SOLAT SUBUH DAN ASAR
33- PERINGATAN YANG BAIK SELAMA DI DUNIA
34- MENJAGA RUKUN ISLAM YANG LIMA
35- MANIHAT AL – ATHAR (MEMINJAMKAN HAIWAN)
36- MENGHAFAZ ASMA’ALLAH AL – HUSNA
37- BERPUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEIKHLASAN
38- BERSABAR MENGHADAPI FITNAH DAJJAL
39- BERSABAR MENGHADAPI PENYAKIT DAN CUBAAN
40- SENTIASA MEMBACA DOA SAYYIDUL ISTIGHFAR
Muqaddimah
Segala puji bagi Allah tempat sekalian alam memuji, memohon ampunan dan pertolongan, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan dan keburukan amalan kita, sesungguhnya barang siapa yang mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wata’ala nescaya dia tidak akan tersesat dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada yang memberi petunjuk kepadanya.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya Amma ba’du:

Syurga adalah tujuan hidup seluruh umat mukmin dan cita – cita setiap hamba yang hidup di atas dunia ini, setiap muslim mengetahui bahawasanya dia tidak diciptakan dan dibangkitkan kelak pada hari Kiamat melainkan untuk metauhidkan Allah Subhanahu Wata’ala, hanya Allah semata – mata yang berhak untuk disembah dan bukan yang lainnya, seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al – Dzariat ayat 53:

“Dan Akutidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”

Maka hikmah daripada diciptakannya makhluk adalah untuk menyembah Allah, tunduk dan patuh pada – Nya, dan tidak mesekutukan Allah dengan lainnya. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sekalian makhluk yang ada di bumi ini dengan sia – sia, bahkan Allah memberikan ujian dan cabaran untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya daripada mereka semua, dan kemudian mereka akan dikembalikan kepada tuhan mereka untuk mendapatkan balasan dari setiap perbuatan mereka, sesungguhnya setiap hamba telah mengetahui hakikat ini dan mengetahui hikmah daripada penciptaan mereka.

Oleh sebab itu engkau dapat melihat setiap hamba berlumba – lumba mencari keredhaan Allah, berjuang memperolehi syurga dan keselamatan daripada api neraka. Adalah salah satu daripada bentuk kasih sayang Allah tidak menzalimi hambanya barang sedikitpun sesiapa daripada hambaNya yang melakukan perbuatan baik alaupun sebesar biji zarah maka akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda, maka setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh setiap mukmin akan tertulis dalam catatan amal ibadah setiap hamba, pada hari Kiamat kelak dia akan memperoleh balasan dari setiap kebaikannya bahkan Allah sememangnya adalah Maha Memberi dengan berlimpah dan redha akan yang sedikit,seperti mana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah As – Saba ayat 13 menyatakan:
“Dan sedikit dari hamba – hambaKu yang berterima kasih.”

Jikalau Allah adalah Zat yang tidak mahu memberi kenikmatan dan kebaikan kepada hambaNya, menghukum setiap kesilapan manusia, membalas semua kesalahan mereka sama ada yang disengaja mahupun yang tidak, maka tentulah hal tersebut telah merupakan sebahagian daripada bentuk keadilan Allah Subhanahu Wata’ala, hanya sahaja Allah adalah Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemberi Maaf, yang memberikan kesempatan bagi hambaNya yang berbuat salah untuk bertaubat dan menyesali perbuatannya. Seperti firman Allah Subhanahi Wata’ala:

“Dan kalau sekiranya Allah menyeksa manusia disebabkan usahanya, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu makhluk yang melatapun akan tetapi Allah menangguhkan(penyeksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat(keadaan)hamba – hambaNya.”[Fathir ayat 45]


Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”[Yunus ayat 44]



Amalan yang soleh hendaklah adalah yang diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala, supaya amalan tersebut dapat diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala maka kita mesti memenuhi syarat – syarat diterimanya suatu amalan, syarat – syarat tersebut ialah:
1- Islam
2- Ikhlas
3- Mengikut Sunnah Rasulullah Salallahu A’alaihi Wasallam



1)IMAN DAN AMAL SOLEH
Dalam Al – Quran telah di terangkan bahawa iman adalah perkasa penting yang menyebabkan seseorang dapat masuk syurga dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala, dalam Al – Quran kewajiban beriman sentiasa siiringi dengan amal soleh oleh sebab itu kita dapati beberapa tempat yang menyebutkan bahawa keimanan hanya dapat menyebabkan seseorang masuk syurga apabila telah diiringi dengan amal soleh. Perbahasan mengenai amal soleh adalah sangat luas dan mencakup perlbagai bidang yang dapat menghasilkan pahala yang besar dan tiada seorang pun sanggup menghitungnya melainkan hanya Allah Subhanahu Wata’ala. Seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala:

“Sesungguhnya orang – orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.”



2) TAQWA KEPADA ALLAH
Taqwa ialah: -Perasaan takut kepada Allah
-Melakukan perbuatan yang baik
-Berpuas hati dengan apa yang telah diberikan
-Mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kiamat.
Ada yang mengatakan bahawa taqwa adalah:
- Mendirikan perlindungan antara dirimu dengan azab Allah dengan melakukan amal kebaikan dan meninggalkan perkara2 yang haram.
Kemudian antara pengertian kalimat taqwa yang lainnya ialah:
- Melakukan amal kebaikan atas dasar ketaatan kepada Allah, (atau sepertimana yang telah diterangkan dalam Al – Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Salallahu A’alaihi Wasallam)dengan mengharapkan pahala daripada Allah Subahanahu Wata’ala.
Seperti Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
“Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman – taman) dan (di dekat) mata air-mata air (hanya mengalir).”

Dan firman Allah Subhanahu Wata’ala:
“Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa itu di dalam taman – taman dan sungai – sungai.”

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala telah menyediakan syurga bagi hambaNya yang bertaqwa, sepertimana firman Allah Subhanahu Wata’ala:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang – orang yang bertaqwa.”

Sabda Rasulullah Salallahu A’alaihi Wasallam:
“Kebanyakkan daripada perkara yang menyebabkan manusia masuk syurga adalah taqwa dan akhlak yang mulia, dan kebanyakkan daripada perkara yang menyebabkan manusia masuk dalam neraka adalah bergunjing dan mengadu domba.”
(Hadith Riwayat, Ibn Majah dan Ahmad dalam Silsilah Ahadith Al – Sahih:977)


2)TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dlam Al – Quran:
“Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya;nescaya Allah akan memasukkannya kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai – sungai dan barangsiapa yang berpaling nescaya akan diazabNya dengan azab yang pedih.”

Dalam Sahih Al – Bukhari daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu A’alaihi Wasallam bersabda:
“Setiap umatku akan masuk syurga melainkan orang – orang yang enggan”,para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang – orang yang enggan tersebut? Rasul bersabda: Iaitu orang – orang yang taat kepada ku mereka itu akan masuk syurga dan orang – orang yang engkar padaku maka sesungguhnya mereka itulah orang – orang yang enggan.”(Fath Al – Bari bi Syarh Sahih Al – Bukhari:14/249).

No comments:

Post a Comment