Saturday 23 January 2010

SEKSAAN KE ATAS ORANG – ORANG YANG MELENGAHKAN SOLAT

Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi Wasalam dalam perjalanan dari Makkah ke Baitul Maqdis, beliau melihat segolongan manusia yang memukul – mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sedia kala. Kemudian orang itu memukulnya pula sampai hancur. Demikianlah terus menerus mereka laku dengan tidak henti – henti.

Melihatkan keadaan itu, Nabi Salallahu ‘alaihi Wasalam bertanya kepada Jibril: “Siapakah mereka itu wahai Jibril?”
Jibril menjawab:
“Mereka adalah perumpamaan segolongan umat tuan yang suka melengah – lengahkan waktu solat hingga akhirnya habis waktu yang ditentukan”.


Inilah gambaran siksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka lakukan solat diluar waktu atau mengqadanya dengan sengaja pada waktu lain. Perbuatan demikian sering berlaku di kalangan umat Islam hari ini yang memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Untuk mereka Allah mengancam dengan neraka Wail. Firman Allah dalam surah Al – Maa’un(107)ayat4-5, tafsirnya:
“Maka kecelakalah(neraka Wail) bagi orang yang solat;(iaitu) yang solatnya dalam keadaan lalai.”

No comments:

Post a Comment