Saturday 23 January 2010

PENGERTIAN ZIKIR DAN KELEBIHANNYA



PENGERTIAN ZIKIR

Zikir berasal dari perkataan Bahasa Arab yang membawa erti ingat. Dalam Al – Quran pula ZIKIR mempunyai 3 maksud iaitu ingat, sebut dan ajaran. Ini bererti mengingati Allah, menyebut nama-Nya dan mempelajari ajaran – ajaran Allah iaitu Al – Quran.

Dari segi syara’, zikir merupakan satu istilah umum bagi setiap perkataan(zikir qauli) dan perbuatan(zikir fi’li) yang tidak ada percanggahan dengan hukum syara’. Zikir dengan ertikata yang lain ialah menyebut nama ALLAH dengan membaca:
1-Tasbih “Subhanallah”
2-Tahlil “Lailahaillallah”
3-Tahmid “Alhamdulillah”
4-Takbir “Allah Akhbar”
5-Basmalah “Bismillahirrahmanirrahim”
6-Hasbalah “Hasbi Allah”
7-Hauqalah “Lahaulawalaquwataillabillahila’liyila’zim”

dan lain – lain lagi dan juga membaca Al – Quran serta membaca doa – doa yang ma’tsur, iaitu doa yang diterima dari baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Walaubagaimanapun yang dinamakan zikir itu bukan sahaja hanya tertumpu pada lafaz-lafaz sahaja malah mengerjakan segala tugas agama yang diwajibkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan juga menjauhkan diri dari segala laranganNya. Bahkan membaca Al – Quran, mempelajari hadiths – hadiths, ilmu – ilmu agama, melaksanakan sembahyang – sembahyang sunat juga dinamakan sebagai zikir.

MENGAPA KITA PERLU BERZIKIR???
Ianya kerana zikir adalah perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Bahkan Rasulullah Shallallahua’alaihi Wasallam juga menggalakkan umat Islam untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al – Ankabuut ayat 45,tafsirnya:

“Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya”

KELEBIHAN BERZIKIR
Berzikir itu mengandungi kelebihan yang banyak. Sesungguhnya orang yang sentiasa mengamalkan zikir mengingati Allah Subhanahu Wata’ala itu akan mendapat keampunan dan keuntungan pahala yang besar, baik diakhirat mahupun didunia. Firmna Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al – Anfaal ayat 45, tafsirnya:
“...Ingatlahakan Allah banyak – banyak, mudah – mudahan kamu jadi orang – orang yang beruntung.”

Firman Allah Subahanahu Wata’ala lagi dalam surah Al – Ahzaab ayat 35, tafsirnya:
“...dan orang – orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak – banyak serta orang – orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak – banyak telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.”

Antara kelebihannya yang lain pula, dengan berzikir akan terlepas daripada mara bahaya. Seperti yang berlaku kepada Nabi Yunus ‘alaihisalam ketika ditelan ikan maka ia berdoa dan berzikir kepada Allah Subhanahu Wata’ala dalam kegelapan:

“ Laailaahailla anta Subhaanaka Innikuntu Minazhalimiin ”
Tafsirnya: “Tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang – orang yang zalim.”
(Surah Al – Anbiyaa’:87)

No comments:

Post a Comment